Isnin, 25 Oktober 2010

PESTA REGATA LIMBANG 2010

Maritah berdundun ke Limbang |22-23 oktober 2010 | pelbagai acara telah diadakan sempena Pesta Limbang 2010 antaranya lumba perahu bidar lumba bot laju pelbagai kuasa kuda dan Kejohanan Tarik Tali Antara Kelab Seborneo sempena Pesta Limbang 2010 dimana PDRM menjadi Johan. PUNANG GEMILANG telah dinobat RAJA BATANG LIMBANG 2010 dalam acara Lumba Perahu Bidar. Anggota dari BBP Limbang juga terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini antaranya menjadi Hakim Lumba Perahu, Teknikal Keselamatan di sungai dan Urusetia Tarik Tali.







Sabtu, 16 Oktober 2010

Selamat Datang Tadika Chung Hua Limbang

15.10.10 | JUMAAT | Lawatan sekolah tadika Chung Hua Limbang tetap disambut meriah dan pelbagai program telah berlangsung. Walaupun menghadapi kesukaran penyampaian ceramah oleh PB Abdul Karim kerana perbezaan bahasa, namun ini dapat diatasi dengan bantuan guru pengiring yang membantu menterjemahkan Bahasa Melayu kepada Bahasa Cina.Kanak-kanak Tadika Chung Hua Limbang memberikan maklum balas yang amat menggalakan sepanjang program ini dijalankan.

Gambar Kenangan Bersama Tadika Chung Hua Limbang 2010
Ceramah Bahaya Kebakaran disampaikan oleh PB Abdul Karim
Tutup muka, Rebah dan Guling :P
Penerangan Peralatan Kebombaan
Penerangan bahagian komunikasi
Kanak-kanak seronok bermain air dari salur bantu mula.

Rabu, 13 Oktober 2010

Lawatan Sambil Belajar



12.10.2010 | BBP Limbang sekali lagi menerima tetamu dari Sekolah tadika Kampung Benuas dan Kampung Buangsiol Limbang. Lawatan kali ini dihadiri oleh kanak-kanak seramai 27 orang dan diiringi 9 orang guru. Ceramah mengenai Keselamatan Kebakaran telah disampaikan oleh PB Zakaria dan dibantu oleh anggota pasukan Wira yang bertugas. Teknik 'Stop, Drop & Roll ' telah disampaikan dengan baik dan ini menerima tindakbalas yang positif dari kanak-kanak sekolah tadika tersebut.








Isnin, 11 Oktober 2010

LAWATAN MUHIBBAH 3 TABIKA PERPADUAN

11.10.10 | ISNIN |Tiga buah sekolahTabika Perpaduan: Tabika Rose, Tabika IPD Limbang dan Tabika RPR Melor mengadakan Lawatan Muhibbah ke BBP Limbang hari ini. Seramai 64 orang adik-adik kita hadir ditemani 6 orang guru pengiring yang diketuai Cik Hanizan dari Tabika Perpaduan RPR Melor. Aktiviti ceramah 3K telah disampaikan oleh PB Marzuki dibantu oleh pasukan Waja yang bertugas hari ini.