Jumaat, 25 November 2011

KURSUS PENGURUSAN DAN PEMANTAPAN INTERGRITI

25 november 2011 | kursus telah disampaikan oleh Nurahim Bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah SPRM Bahagian Miri. Email Nurahim@sprm.gov.my.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK Kumpulan Satu)
Latihan Dalam Kumpulan (LDK Kumpulan Dua)
Penyampaian cenderahati dari Ketua Balai

Selasa, 22 November 2011

PENGURUSAN TRAUMA

Kursus Pengendalian Trauma 22/11/2011 di Bilik Mesyuarat BBP Limbang.
Tenaga pengajar : PPPK Hipni Bin Abu Bakar dari Hospital Limbang.
Pertolongan Cemas, CPR update dan Tercekik.

Link
http://bombalimbang.blogspot.com/

Sabtu, 19 November 2011

LAWATAN KERJA YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

JUMAAT | 18 november 2011 | Jam 19:30 | YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Limbang. Beliau diiringi oleh YS Nor Hisyam Bin Mohamad, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Ketibaan beliau disambut baik oleh YS. Tuan Anuar Shahzat Bin Merzuki, Ketua Zon Limbang bersama Ys. Tuan Mashidi Bin Taha Ketua Balai BBP Limbang serta anggota-anggota dari BBP Limbang. Turut hadir ialah , PPjB Sobberi Bin Basiran, PKP bahagian Pengurusan Korporat dan PgB Norizan Bin Saad dari bahagian Pengurusan Korporat.

Gambar YAS Dato' bersama anggota Balai Bomba & Penyelamat Limbang.

Semoga berjumpa lagi & Terima Kasih
http://bombalimbang.blogspot.com/

Rabu, 16 November 2011

KOMUNIKASI GIRN SIRI 6/2011

Pada 20 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan KURSUS LATIHAN KOMUNIKASI GIRN SIRI 6/2011 yang telah berlangsung di bilik Mesyuarat balai Bomba dan penyelamat limbang. Seramai 13 peserta terlibat terdiri daripada PEGAWAI PEJABAT ZON LIMBANG,BBP LIMBANG DAN BBP LAWAS. CERAMAH LATIHAN KOMUNIKASI GIRN DISAMPAIKAN OLEH PgB HUSSIN BIN ABD RAHMAN DAN PB ZAKI BIN DENI.

Disediakan Oleh:

PB Mohd Ali Bin Mohd Salleh
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Zon Limbang

SESI BERGAMBAR PERSERTA KURSUS BERSAMA TENAGA PENGAJAR LATIHAN KOMUNIKASI GIRN








Isnin, 14 November 2011

PROGRAM KELAB 3K BBP LIMBANG

ISNIN | 14/11/2011 | Hari ini telah berlangsungnya pertandingan mewarna dan derma darah sempena Majlis Penyampaian Sijil Program Kelab 3K Balai Bomba dan Penyelamat Limbang. Majlis telah disempurnakan oleh YS. Tuan Anuar Shahzat Bin Merzuki, Ketua Zon Limbang dan dihadiri oleh Ys. Tuan Mashidi Bin Taha Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat limbang.
Turut dijemput kanak-kanak dari Tabika Kemas Lakil seramai 13 orang, Tabika Kemas Buangsiol seramai 5 orang dan Tabika Kemas Patiambun 'A' seramai 5 orang dan Tabika Kemas Patiambun 'B' seramai 3 orang bersama 5 orang guru pengiring. Tempat pertama dimenangi oleh adik Nicholas Bansing Ak Usah, Naib Johan dimenangi oleh Adik Haidatul Huda Binti Jupri dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Nor Huzaimy Hanafie kesemuanya dari Tabika Kemas Patimbun. Tahniah kepada pemenang.
Program derma darah juga diadakan dan terima kasih kepada Pihak Hospital Limbang yang turut bekerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih.