Sabtu, 19 Mei 2012

Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shut Down

Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan
mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

Sumber : http://www.gelagatkita.com

Rabu, 16 Mei 2012

Operasi Mencari Warga Emas

Seorang mangsa wanita Dindang Ak Bantak, 70, hilang sekitar kawasan Kampung Lembuak ketika mencari pohon Bemban untuk membuat Tekiding sekitar jam 9 pagi Sabtu 12 Mei 2012 yang lalu selepas keluar dengan hanya memakai baju lengan panjang, berseluar panjang berwarna ungu dan kasut getah berwarna biru. Selain pihak Bomba seramai 52 anggota termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), RELA, Angkatan Tentera, Jabatan Pertahanan Awam  penduduk kampung melakukan operasi mencari dan menyelamat. Mangsa kemudiannya telah ditemui dalam keadaan kesejukan dan lemah pada pagi hari ke tiga 15 Mei 2012 di tepi bukit, Kampung Bidang lebih kurang 2.4 km dari lokasi beliau dilaporkan hilang.




Rabu, 9 Mei 2012

Majlis Kemuncak Sambutan Hari Bomba Sedunia 2012

Pada malam Sabtu 05 Mei 2012 telah diadakan Majlis Kemuncak Sambutan Hari Bomba 2012 di mana anggota BBP Limbang dan keluarga bersantai dengan aktiviti “barbecue” dan karaoke. Majlis ini dibuat bagi menghargai sumbangan anggota disamping mengeratkan silaturahim warga BBP Limbang.

Program Kemasyarakatan sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2012

Pada pagi Sabtu 05 Mei 2012 anggota Pejabat Zon Limbang dan BBP Limbang telah mengadakan Program Kemasyarakatan iaitu gotong – royong membersihkan kawasan Tadika KEMAS, memotong rumput dan mengecat alat –alat permainan. Objektif program tersebut adalah untuk menyumbang bakti kepada masyarakat disamping merapatkan hubungan silaturahim antara anggota Bomba dan masyarakat.

Sabtu, 5 Mei 2012

BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI BOMBA SEDUNIA BBP LIMBANG


Pada malam Jumaat 3 Mac 2012 anggota BBP Limbang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil disamping Solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Sedikit Tazkirah yang bertajuk Keseronokan Bekerja juga disampaikan oleh Ustaz jemputan Khas BBP Limbang. 







Khamis, 3 Mei 2012

MAJLIS MAKAN MALAM MESRA SEMPENA MERAIKAN KEMENANGAN SKUAD BADMINTON ZON LIMBANG DAN PENUTUPAN KURSUS PENGUKUHAN ALAT PERNAFASAN SIRI 1/2012

Pada 24 April 2012 telah diadakan satu Majlis Malam Mesra sempena meraikan kemenangan Skuad Badminton Zon Limbang dan Penutupan Kursus Pengukuhan Alat Pernafasan yang dianjurkan oleh FRAM Bau, Sarawak. Zon Limbang telah mendapat 1 pingat perak dan 2 gangsa melalui acara Pasangan Lelaki Master, Bergu Master dan Bergu Pegawai Kanan. Majlis tersebut turut disertai oleh ahli keluarga masing-masing. Objektif program tersebut adalah bertujuan untuk menghargai serta mengwujudkan semangat kesukanan dan juga mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga bomba.