Jumaat, 30 November 2012






  30 November 2012, 0830 pagi


Majlis tersebut telah dilancarkan bertujuan memberi galakkan dan dorongan disamping memberi penghargaan serta kesedaran kepada orang awam tentang penjagaan Pili Bomba di kawasan kejiranan penduduk di sekitar Limbang. Majlis penyerahan Teman Pili Bomba tersebut telah disempurnakan oleh wakil dari Pejabat Bomba Zon Limbang, TPgB Helmi Bin Abu Husin bersama Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang, PKPgB Awg Mohd Farbu Bin Awg Abd. Hamid kepada seramai hadirin yang datang.

BENGKEL INTEGRITI DALAM PERKIHMATAN AWAM OLEH JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) BAHAGIAN LIMBANG.







Pada 28hb November 2012 Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang telah menjemput Ustazah Normaliza Bte Sahat dari JAIS Bahagian Limbang untuk menyampaikan ceramah integriti dalam jabatan. Program tersebut adalah bertujuan memberi kesedaran dalam amalan nila-nilai murni yang perlu diterap dalam perkhidmatan awan agar produktiviti dan kualiti penjawat awam selaras dengan landasan agama bagi membentuk modal insan yang murni dan berjiwa bersih. Aktiviti soal jawab soalan bersama Ustazah dijalankan diikuti dengan sedikit jamuan ringan. Program tersebut selesai pada jam 1100 pagi.