Hasrat ingin tahu dan minat terhadap kerjaya Bomba telah memberi inspirasi kepada Boys Brigade In Malaysia First Company Limbang melawat ke BBP Limbang pada 31.07.2011 terlaksana apabila seramai lebih kurang 40 orang ahlinya bersama 6 guru pengiring telah diberi penerangan lebih lanjut lagi semasa lawatan tersebut. Lawatan tersebut telah banyak memberi dorongan serta informasi kepada ahli-ahli tersebut memahami visi, misi, objektif dan fungsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Disamping mendapat ilmu pengetahuan, ahli-ahli tersebut juga mandapat menfaat pembelajaran daripada ceramah dan tunjuk ajar kemahiran penggunaan peralatan menyelamat yang diberi oleh anggota Pasukan Alpha yang diketuai PBK II Mamad Hj. Karim serta anggota yang bertugas.
Ahad, 31 Julai 2011
Jumaat, 29 Julai 2011
Kelajuan Mengundang Bahaya
Komander Operasi sedang melakukan saiz up
pada kereta model Porshce yang terbabas
keadaan kereta serta mangsa yang diberi rawatan
Jumaat, 0902 pagi, Pasukan Alpha dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan semasa anggota Bomba BBP Limbang sedang khusyuk mendengar ceramah agama sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan bersama Ustaz jemputan Abdul Ghani di BBP Limbang. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta model "Porsche" berflat pendaftaran Negara Brunei Darussalam terbabas di bahu jalan kawasan Kpg Limpasong Limbang tersebut berlaku semasa konvoi beberapa buah kereta model Porsche dari Negara Brunei Darusslam tersebut dalam perjalanan dijangka akan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Namun mangsa terselamat dari kecelakaan dan hanya mengalami kecederaan ringan saja semasa pasukan Bomba tiba di tempat kejadiaan.
Selasa, 19 Julai 2011
Kronologi Kebakaran Kampung Seberang Kedai Limbang
Pada 17 Julai 2011 | JAM1324 | BBP Limbang menerima satu panggilan kecemasan kebakaran rumah di Kampung Seberang Kedai Limbang. Berikut adalah susun atur gambar-gambar kronologi test call bagi kebakaran Kampung Seberang Kedai Limbang.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:-
PKPgB MASHIDI BIN TAHA
KETUA BALAI BOMBA LIMBANG
Langgan:
Catatan (Atom)