Ahad, 26 April 2009


Program kecegasan anjuran bersama persatuan saudara kita dan Bomba Limbang telah diadakan pada 25 April 2009 (Sabtu) jam 0800 pagi.Program ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan serta meningkatkan kesihatan.Terima kasih diucapkan kepada urusetia Persatuan Saudara Kita,keluarga bomba,guru-guru dan pasukan kadet SMK Mendamit.

Jumaat, 17 April 2009

Kemalangan Maut Jalan Medamit-Batu danau

16 April 2009- jam 2137, Pasukan Wira yang diketuai oleh PB Mohd. Ikhwan Abdullah telah menerima panggilan kecemasan kamalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kereta, beralamat di simpang jalan Medamit-Batu Danau. Mangsa seramai tiga orang cedera ringan manakala seorang warganegara Brunei maut.

Khamis, 9 April 2009

Panggilan Bangkita

Pada jam 18:58, pasukan waja menerima satu panggilan kebakaran api sampah di alamat belakang bangunan kedai Jalan Bangkita.


Petronas Limbang Ditutup


Stesen Minyak Petronas Limbang ditutup sementara selama sebulan atas sebab penyelenggaraan dan pembaikan mulai 06 April 2009 hingga 20 Mei 2009.

Selasa, 7 April 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semoga dengan adanya blog ini, maka aktiviti Bomba Limbang dapat kita kongsi bersama.Dengan kata lain kami warga bomba Limbang amat sukacita untuk berkongsi segala aktiviti yang kami laksanakan.

Sekiranya terdapat sebarang cadangan dan saranan, kami amat mengalu-alukan idea-idea luar bagi sama-sama kita meningkatkan serta membangunkan Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang.

Sebarang cadangan dan saranan boleh dihantar melalui email ini : bbdpLBG@gmail.com