Selasa, 27 Julai 2010

"ENGGAI LEBU" Medamit Eagle


SMK Medamit, Limbang sekali lagi menjadi wakil dan menyertai Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Sarawak yang ke-19 pada tahun ini yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 2 Ogos bertempat di Bau, Kuching. Dengan berbekalkan motto "Enggai Lebu" bermaksud enggan mengalah ini akan menjadi pembakar semangat setiap Ahli Kadet untuk menjulang nama ke peringkat kebangsaan kelak. Latihan dan tunjuk ajar yang mereka terima selama seminggu berkampung di BBP Limbang diharap dapat membantu dan seterusnya membawa mereka ke peringkat seterusnya. Semoga berjaya & selamat maju jaya.




Ahad, 11 Julai 2010

AKHBAR HARI INI

UTUSAN BORNEO 11 julai 2010 | Kejadian berlaku 10 julai 2010 : Jam1021 pihak Bomba Limbang terima panggilan kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kayu dua tingkat di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan Limbang. Seorang warga emas Jaman Usof, 88, uzur dan tidak mampu berjalan rentung. Punca kebakaran masih dalam siasatan.