Ahad, 31 Mei 2009

Tumpahan Minyak




29/05/2009 (1428hrs) ~ Satu kejadian tumpahan minyak telah berlaku di hadapan bangunan Plaza Limbang.






Ini adalah berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mengalami kerosakan teknikal.









Dengan bantuan pihak Polis Trafik Limbang, kesesakan lalulintas dapat diatasi.

Ahad, 24 Mei 2009

Kebakaran Belukar Kampung Lubuk Piasau,Limbang.



Kebakaran Hutan meliputi kawasan Kpg Lubuk Piasau
pada koordinat imej yang difokus melalui satelit :
-Latitud : 4 darjah 47.24 minit Utara
-Longtitud: 114 darjah 52.9 minit Timur

Pada 12 Mei 2009, jam 17:31 petang Pasukan Bomba Dan Penyelamat Limbang telah menerima satu panggilan kebakaran hutan di Kampung Lubuk Piasau Limbang di kawasan berhampiran bersempadan dengan Negara Brunei. Anggaran kerugian seluas 10 ekar dan berjaya diselamatkan seluas 40 ekar.

Khamis, 21 Mei 2009

PROGRAM CABARAN KECERGASAN, Bagi Kakitangan Jabatan Dan Agensi Kerajaan.

Tahap kesihatan seorang pekerja boleh mempengaruhi keberkesanan, komitmen, fokus dan seterusnya hasil kualiti dan produktiviti kerja. Lazimnya perkara ini berlaku ekoran bebanan, kesibukan serta tekanan kerja "work stress or burn out syndrome" yang dialami oleh pekerja kita.
Keadaan ini boleh terjadi jika wargakerja kita mengamalkan gaya hidup (lifestyle) yang kurang sihat seperti pemakanan yang tidak seimbang termasuk sikap mengabaikan aktiviti bersenam, berekreasi dan beriadah.
Pada amnya, kesan atau penyakit yang sinonim dengan phenomena ini antara lain ialah tekanan darah tinggi, hypertension, obesity dan sebagainya.
Sebagai 'antidot' kita perlu melibatkan diri dalam amalan hidup sihat seperti bersenam dan berekreasi disamping menitik beratkan pemakanan yang seimbang serta beriadah dengan rakan-rakan seperjuangan mahupun warga-kerja.
Program Kecergasan bagi Kakitangan Jabatan dan agensi Kerajaan dengan mempelawa kakitangan kerajaan agar meningkatkan penyertaan dalam aktiviti sukan dan berekreasi bagi mewujudkan kehidupan masyarakat yang sihat, harmoni, cemerlang dan terbilang selaras dengan konsep

Sarawak Cergas & Tiada Alasan Untuk Tidak Bersenam

Isnin, 4 Mei 2009

Di mana Ada Ruang,Di situ Ada Peluang!


Rary Ak. Binjie dilahirkan pada 15 Januari 1974 dan berasal dari Sri Aman, Sarawak.Beliau berbangsa iban dan beragama kristian.Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.Beliau Merupakan seorang pegawai bomba yang berkaliber.

Beliau mula bertugas di Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang,Sarawak pada tahun 2002 dan telah berkhidmat selama tujuh tahun.Taraf awal jawatan beliau ialah Ahli Bomba (Gred KB 11).Pada tahun 2006 beliau telah diserap ke jawatan Pegawai Bomba (Gred KB 17).Dan kini beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Bomba Kanan II (Gred KB 22) dan telah pun ditukarkan tempat bertugas ke Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas,Sarawak.

Penglibatan beliau dalam Jabatan Bomba ialah sebagai pasukan unit MUST negeri Sarawak.Beliau juga seorang jurulatih pasukan kadet bomba dan penyelamat negeri Sarawak.Manakala penglibatan beliau di luar jabatan pula adalah sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Limbang,Sarawak.Beliau pernah mewakili PBSMM untuk memberi bantuan kemanusiaan ke Banda Acheh Indonesia semasa tragedi Tsunami pada tahun 2004.

Selama beliau berkhidmat di jabatan bomba beliau telah menerima anugerah jurulatih kadet terbaik kebangsaan di Johor Baharu pada tahun 2006.Selain itu juga beliau telah menerima ”Anugerah Khidmat Khas Istimewa 2006” daripada Tunku Tan Sri Dato Shahriman Bin Tunku Sulaiman selaku Pengerusi Kebangsaan PBSMM.


TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU,
TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU!!