Jumaat, 30 Disember 2011

Ragam "UKJK" BBP Limbang & Pejabat Zon Limbang - Siri 2 / 2011








30 Disember 2011, Jumaat - Anggota BBP Limbang & Pejabat Zon Limbang bersama - sama telah menjayakan aktiviti " UKJK - Ujian Kesihatan Jasmani Kebangsaan " yang dijalankan di Stadium Limbang. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memastikan tahap kecergasan setiap anggota BBP Limbang & Pejabat Zon Limbang. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Walaupun dalam keadaan hujan, anggota tetap sabar demi untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 5 acara dilakukan iaitu menjangkau, bangkit tubi, lompat berdiri, larian 10 meter X 4 dan larian 2.4 km. Berbagai ragam dapat dilihat ketika aktiviti ini dilaksanakan.

Isnin, 26 Disember 2011

Sumbangan Derma Ikhlas Di Atas Kematian Ibunda PB Awang Ibrahim Bin Amit




26 Disember 2011 - Takziah diucapkan kepada keluarga PB Awang Ibrahim bin Amit di atas kematian ibunda tersayang pada 25 Disember 2011. Diharap semoga keluarga beliau tabah menempuh dugaan ini. Sumbangan derma ikhlas disampaikan oleh YS Ketua Zon Limbang bagi meringankan beban keluarga beliau. Sekali lagi, takziah diucapkan buat keluarga beliau dari pihak Pejabat Zon & BBP Limbang.

Selasa, 20 Disember 2011

FIRE DRILL AIRPORT LIMBANG

19 Disember 2011 | Latihan "fire dril" lapangan terbang Limbang dilaksanakan bersama pelbagai agensi keselamatan. Latihan ini dilaksanakan setiap tahun untuk menepati piawaian keselamatan sesebuah lapangan terbang.








Ahad, 18 Disember 2011

Sumbangan Derma Ikhlas di atas Kematian Ayah PB Jack Julang



18 Disember 2011 - Takziah diucapkan kepada keluarga PB Jack Julang di atas kematian ayah tersayang pada 17 Disember 2011. Diharap semoga keluarga beliau tabah menempuh dugaan ini. Sumbangan derma ikhlas disampaikan oleh YS Ketua Balai, BBP Limbang bagi meringankan beban keluarga beliau. Sekali lagi, takziah diucapkan buat keluarga beliau dari pihak BBP Limbang.

Jumaat, 16 Disember 2011

TRAGEDI 14 DISEMBER 2011

  • RABU | 14 DISEMBER 2011 | terima panggilan 11.31pm.
  • Kebakaran RH Bala Entakong Mendalam, Nangga Medamit Limbang.
  • Laluan darat 58.4 km dari bandar Limbang ke SK Mendalam, 30 minit jalan sungai.
  • Rumah panjang 31 pintu/ kayu/dibina pada awal 70-an.
  • Penghuni 195 orang/petani & bekerja sendiri.
  • Mangsa 1 | Sofizza Kamella Ak. Abang (P) 5 tahun 9 bulan.
  • Mangsa 2 | Alexiss Jipo Ak. Juli (L) 2 tahun 8 bulan.









lagi gambar klik di sini. Hak cipta pterpelihara http://bombalimbang.blogspot.com/Link

Selasa, 13 Disember 2011

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

13 Disember 2011|0900hrs|Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian bahagian Limbang| Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan Pertanian Bahagian Limbang mengadakan kursus keselamatan bagi wagakerja Jabatan pertanian. Pihak BBP Limbang telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah bagi sesi tersebut. Ceramah Keselamatan Kebakaran dan tatacara pengunaan Alat Pemadam Api disampaikan oleh PBK II Bujang Bin Daud dibantu oleh PB Mohd Hafizie Azley dengan jayanya. http://bombalimbang.blogspot.com/





Isnin, 12 Disember 2011

Program Pemimpin Bersama Rakyat

Sabtu | 10 disember 2011 | telah berlangsungnya Ceramah Keselamatan Kebakaran bertempat di Kampung Medait Limbang bersempena dengan Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKK Kampung Medait Limbang. Tetamu Kehormat yang hadir ialah YB. Paulus Palu Gumbang ADUN N69 Batu Danau. Ceramah Keselamatan Kebakaran disampaikan oleh Ys. Tuan Mashidi Bin Taha, Ketua Balai BBP Limbang. Selain demontrasi penggunaan Alat Pemadam Api, berlangsung juga simbolik penyerahan Alat Pemadam Api kepada setiap ketua rumah penduduk kampung hasil sumbangan daripada YB. Paulus Palu Gumbang sendiri dan penyerahan dana kepada JKK kampung. Tahniah di ucapkan kepada penduduk Kampung Medait dan terima kasih kepada JKK Kampung Medait di atas jemputan.

http://www.bombalimbang.blogspot.com/








Isnin, 5 Disember 2011

Ceramah Keselamatan Kebakaran Rumah Panjang Kampung Tanah Merah

Tajuk/Program: Ceramah Keselamatan Kebakaran Rumah Panjang

3 Disember 2011 (sabtu) 1.30pm-4.30pm

Tempat : Kampung Tanah Merah, Nanga Medamit Limbang

Ceramah Keselamatan Kebakaran Rumah Panjang di Kampung Tanah Merah, Nanga Medamit Limbang disampaikan sendiri oleh Ys. Tuan Mashidi Bin Taha, Ketua Balai BBP Limbang bersama 4 orang pegawai BBP Limbang. Perjalanan mengambil masa 45 minit menggunakan darat dan 25 minit menggunakan sungai disambut mesra oleh Jubang Ak Alol Tuai Rumah/Ketua Kampung Tanah Merah serta penghuni rumah panjang 39 pintu tersebut. Demontrasi penggunaan alat Pemadam Api juga disampaikan. Majlis selesai dengan penyampaian 2 unit alat Pemadam Api kepada Tuai Rumah sebagai tanda kenang-kenangan.