Rabu, 29 Februari 2012

KEBAKARAN KUATERS KERAJAAN

RABU | 29 FEBUARI 2012 | Hari ini kebakaran melibatkan satu blok kuaters kerajaan JKR jalan Polis Marin Limbang. Panggilan diterima pada jam 12:39 dan seramai 5 orang anggota serta sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati hampir 80 peratus kuaters berkenaan sudah terbakar. Rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah marak dan mengambil masa setengah jam untuk mengawal dan memadam kebakaran. Dalam pada masa itu, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.







Hak milik terpelihara http://bombalimbang.blogspot.com/

Khamis, 23 Februari 2012

Sumbangan Khairat Kematian daripada PERSKEB




23.02.2012,Khamis - YS Ketua Balai BBP Limbang, PKPgB Mashidi bin Taha telah menyerahkan sumbangan khairat kematian daripada PERSKEB kepada PB Jack Julang dan PB Awang Ibrahim bin Amit.

Selasa, 14 Februari 2012

PEMILIHAN KADET BOMBA ZON LIMBANG

ISNIN | 13 Febuari 2012 | 09.00am hingga 1.30pm telah berlangsungnya pemilihan peserta Kadet Bomba untuk mewakili Perkhemahan Kadet Bomba peringkat negeri yang akan berlangsung di Mukah pada tahun ini mewakili Zon Limbang. SMK Kubong, SMK Nanga Medamit, SMK Sri Patiambun dan SMK Agama Limbang turut serta masing-masing menghantar seramai 15 orang.







Selasa, 7 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LIMBANG TAHUN 1433H/2012M

5 febuari 2012 | "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" Majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012 peringkat Daerah Limbang merupakan aktiviti tahunan yang diadakan dan melibatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pada tahun ini anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang juga terlibat menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola iaitu bahagian Urus Setia Pertandingan Sepanduk dan Perbarisan diketuai oleh YS. Ketua Balai, Tuan Mashidi Bin Taha. Majlis berlangsung dengan jayanya.