29 Jun 2010 | 1144 | BBP Limbang menerima satu panggilan kecemasan Kebakaran Lori yang beralamat di Simpang Tiga Kubong Medamit. Kemalangan melibatkan sebuah lori penuh muatan dan dua buah kereta. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Klik SINI untuk video.
Selasa, 29 Jun 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF 2010
Anggota BBP Limbang tidak terkecuali menjadi jemputan menyertai Seminar Kecergasan Eksekutif 2010 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak yang telah diadakan di Purnama Hotel Limbang pada 22 hingga 24 JUN 2010.
Objektif seminar ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga tahap kecergasan dan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup cergas, sihat serta pengambilan makanan yang seimbang. Ia juga memberi pengetahuan tentang kaedah senaman yang selamat dan penjagaan kesihatan kecergasan yang betul disamping memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk menyertai dan memahami aktiviti kecergasan dan kompenen-kompenen yang terdapat di dalamnya.
Pelbagai Aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti ceramah-ceramah mengenai Amalan Pemakanan yang Sihat, Mengapa dan Bagaimana Bersenam, Gaya Hidup Cergas dan Sihat, Memahami Laporan Kesihatan dan peserta seminar juga dikehendaki menjalankan ujian dan analisis UKJK. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jabatan Belia Dan Sukan dan semua agensi kerajaan yang terlibat.
Isnin, 21 Jun 2010
Lawatan Sambil Belajar
Langgan:
Catatan (Atom)