Penyakit ini menular melalui nyamuk yang menghisap darah seseorang yang telah dijangkiti sebelumnya.Darah yang terjangkit dan mengandungi larva, akan menjangkiti kepada seseorang yang lain pada masa nyamuk tersebut menhisap atau mengigit orang tersebut.
Tidak seperti malaria atau demam berdarah, filiriasis dapat dijangkiti daripada 23 spesis nyamuk seperti daripada jenis Anopheles,Culex,Mansonia,Aedes & Armigires.Oleh itu kadar kemerebakan adalah amat cepat.
Walau bagaimanapun, kesan oleh jangkitan akan memakan masa yang amat panjang(Bertahun-tahun).Di Malaysia biasanya ianya dibawa oleh nyamuk jenis mansonia.Nyamuk ini akan menjangkitkan parasit filariasis @ penyakit tropika disebabkan cecacing seperti bebenang.Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk.
Filariasis yang paling biasa ialah elephantitis(bengkak dibahagian alat kelamin atau peha).Elephantitis kebiasaannya menyerang pada bahagian sebelah bawah tubuh manusia tetapi ini juga bergantung kepada spesis filariasis seperti; Wechereria bancrofti yang mampu menyerang kaki, lengan vulva serta buah dada ; sementara Brugia timori pula jarang menjangkiti alat kelamin.Di Malaysia,filariasis juga dikenali sebagai penyakit untut @ kaki gajah.
Tanda-tanda dan gejala:
• Demam berulang-ulang dari semasa ke semasa.
• Pembengkakan kelenjar (tanpa ada luka) didaerah lipatan paha, ketiak (lymphadenitis) yang tampak kemerahan, panas dan sakit serta berlaku kekejangan pada urat betis.(cramp)
• Radang saluran kelenjar yang terasa panas dan sakit yang menjalar dari pangkal kaki atau pangkal lengan kearah hujung (retrograde lymphangitis)
• Pembesaran kaki, lengan, buah dada, buah zakar yang terlihat agak kemerahan dan terasa panas (early lymphodema)
Pencegahan :
Kesan jangkitan cuma boleh didapati dengan melakukan ujian saringan darah dihospital berhampiran.Dapatkan ubat untuk rawatan pencegahan.
Untuk mengelakkan elemen rantaian jangkitan penyakit, maka penjagaan kebersihan kawasan persekitaran merupakan elemen terpenting bagi menghapuskan pembiakkan nyamuk dikawasan sekitar.
Pengecualian untuk pengambilan ubat :
• Kanak-kanak dibawah 2 tahun.
• Ibu mengandung
• Ibu menyusukan anak
• Pesakit asma kronik
• Pesakit jantung
• Pesakit buah pinggang
Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang
23hb November 2010
Warga bomba limbang telah mendapatkan khidmat nasihat dan ubat dari pegawai perubatan Hospital Limbang bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit untut.
Program ini juga telah melibatkan pengambilan ubat untuk keluarga masing-masing.Terima kasih untuk pegawai perubatan yang hadir, atas khidmat nasihat dan penerangan yang diberikan.
Semoga kebersihan menjadi tanggungjawab dan amalan kita semua.
Jurugambar : PB Muhammad Ikhwan Abdullah
Rujukan :
1. Pegawai Perubatan,Hospital Limbang
2. www.moh.gov.my