Sabtu, 29 Januari 2011

Operasi Memusnahkan Sarang Lebah

Hari ini 29 januari 2011 BBP Limbang menerima panggilan kecemasan memusnakan sarang lebah yang berlamat di KM 31 Kampung Batu Danau Limbang. Keistimewaan kes kali ini anggota kami menggunakan pakaian khas yang digunakan dapat mengelakkan dari serangan dan sengatan haiwan merbahaya dan seterusnya dapat meningkatkan lagi keyakinan dan keselamatan kami untuk menangani haiwan berbisa itu.



Rabu, 26 Januari 2011

Gotong- Royong Masjid Besar Limbang



Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang tidak ketinggalan juga dalam usaha memberi sumbangan kebajikan dan kerja-kerja amal. Pada 08 Jan 2011 yang lalu, Ys Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang, Mohd Helmi Bin Abu Husin, bersama anggota telah melibatkan diri bekerjasama gotong-royong membersih Masjid Besar Limbang. Dengan kerjasama dari pihak Angkatan Tentera (RAMD), Rela, dan AJK Masjid Besar Limbang, gotong-royong tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti yang berfaedah ini bukan saja dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara agensi yang terlibat, malah telah memberi sumbangan kepada masyarakat beragama Islam di bahagian Limbang. Kerja sepakat membawa berkat.

Khamis, 6 Januari 2011

Hujan Lebat Menyebabkan Banjir Kilat Pekan Limbang


06 Jan 2011,
Jam 1815 petang Bilik Kawalan BBP Limbang telah menerima panggilan belakunya Banjir Kilat beralamat di Jalan Wayang Street Pekan Limbang. Pasukan Bomba (Pasukan Wira) yang bertugas diketuai PBK II Mamad Hj.Karim bersama anggota segera bertindak memantau ke tempat kejadian. Sampai ditempat kejadian, didapati satu deratan kedai lama Jalan Wayang Street yang melibatkan lebih kurang 14 buah pintu kedai telah dimasuki air pada paras 1 kaki berpunca daripada air hujan yang mengalir deras dari kawasan tanah tinggi bukit berhampiran dan juga berpunca daripada saluran peparitan yang kurang memuaskan sehingga tidak dapat menampung pengaliran air hujan yang mengalir menerusi parit kawasan deretan kedai tersebut.Keadaan kawasan kedai yang agak rendah dari paras jalan raya juga adalah faktor yang menyebabkan penakungan air di dalam kawasan kedai tersebut apabila hujan lebat. Pasukan Bomba telah bertindak segera memberi khidmat kemanusiaan dan nasihat agar pemilik kedai bergotong-royong segera memindahkan barang-barang dalam kedai kawasan yang terlibat dan membuka penutup parit utama untuk memudahkan pengaliran air hujan yang mengalir.Operasi telah terkawal pada jam 1930 malam setelah hujan berhenti dan paras air dalam kedai mula turun.