Hari ini 30 januari 2012 telah berlangsungnya Perhimpunan Tahunan 2012 Peringkat Zon Limbang bertempat di padang kawad, Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang Sarawak. Ketibaan YS. Ketua Zon Limbang, PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki disambut dengan Tabik Hormat oleh Ketua Perbarisan PBK II Bujang Bin Daud. Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Siap Sedia Setiap Masa berkumandang dan seterusnya pemeriksaan barisan yang terdiri daripada Anggota BBP Limbang dan BBP Lawas. Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar dan seterusnya bacaan Teks Ucapan YAS. Ketua Pengarah JBPM sempena Perbarisan Tahunan 2012 oleh YS Ketua Zon Limbang.
Isnin, 30 Januari 2012
Selasa, 24 Januari 2012
BOMBA LIMBANG vs BOMBA BRUNEI
23 JANUARI 2012 | Perlawanan persahabatan badminton anjuran BAKSUB di antara Balai Bomba & Penyelamat Limbang dan Bomba Berakas HQ, Brunei Darussalam. Ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara dua negara disamping untuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Perlawanan persahabatan yang bermula jam 4.00 petang bertempat di dewan serbaguna Methodist Limbang.
Khamis, 19 Januari 2012
AKSI LIBAS (TAKRAW TERTUTUP BAKSUB)
19 Januari 2012 | Berakhir sudah perlawanan sepak takraw tertutup anjuran BAKSUB Limbang dimana Johan disandang oleh Kumpulan Cap Itik menerima RM90, Naib Johan Kumpulan ABC menerima RM60 dan di ikuti oleh Sri Simanggang tempat ke-3 menerima Rm30 sumbangan BAKSUB. Tahniah.
Kumpulan Cap itik : PB manan, PB Jack & PB Mursen
Kumpulan ABC : PB Zakaria, PBK II Bujang & PB Alwi.
Kumpulan Sri Simanggang : PB Rasid, PB Awang Ibrahim & PB Akmal
Tempat pertama / Johan : CAP ITIK
Naib Johan : Kumpulan ABC
Tempat ke-3 : Sri Simanggang
Isnin, 16 Januari 2012
Memusnah Sarang Lebah di Kpg Bunga Raya
16 Januari 2012 - Anggota Bravo menerima satu panggilan memusnah sarang lebah di Kampung Bunga Raya. Sarang lebah tersebut dijumpai di belakang rumah di atas pokok berketinggian kira - kira 5 - 6 meter sahaja. Setelah mempastikan keadaan sekeliling dan jarak dari tempat kediaman adalah selamat, operasi memusnah sarang lebah dimulakan dengan menggunakan api obor.
Kelab 3K Tadika LAKIL
16 Januari 2012, Isnin - Pegawai Unit Latihan BBP Limbang, PB Hafizie Azely dibantu PB Jack Julang telah menjalankan aktiviti Kelab 3K di Tadika LAKIL, Limbang. Semua pelajar di tadika tersebut telah diberi penerangan mengenai bahaya API serta mengenai bahan - bahan yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Selain itu, pegawai Unit Latihan BBP Limbang juga memberi penerangan secara teori dan praktikal mengenai tindakan yang perlu diambil kanak - kanak tersebut sekiranya baju mereka terbakar semasa kebakaran berlaku.
Ahad, 15 Januari 2012
MESYUARAT BAKSUB 1/2012
Jumaat, Januari 13, 2012, 8:28:48 AM | Badan Amal dan Kebajikan Sukan Bomba (BAKSUB) BBP Limbang telah mengadakan mesyuarat agung siri 1/2012. Pembentangan belanjawan 2011 telah disampaikan oleh PB Alwi bin Hj Abang. Pelbagai perancangan telah dirancangkan bagi memenuhi kalendar 2012 dan penyerahan baju rasmi BAKSUB 2012 pasti telah menyuntik serba sedikit semangat anggota BBP Limbang dalam memberikan komitmen dalam persatuan, aktiviti persatuan dan kerja hakiki.
Sabtu, 14 Januari 2012
"Kerana O - Ring....."
14 Januari 2012, Sabtu - BBP Limbang telah menerima satu panggilan Khidmat Khas dari Pihak Hospital Limbang memohon menanggalkan o-ring yang terlekat pada jari seorang budak lelaki yang dirawat di dalam Bilik Kecemasan, Hospital Limbang. Jentera Mercedez Atego BJU 5992 yang dipandu PB Jack bersama PBK II Bujang, PB Manan, PB Marzuki dan PB Rasid bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan pertolongan. Operasi dijalankan dengan menggunakan gergaji besi yang terdapat di dalam SOS ResQ Tool. Anggota Bomba mengambil masa selama 41 minit untuk memotong dan mengeluarkan o-ring tersebut.
Khamis, 12 Januari 2012
Perlesenan Kampung Tabahan
Pemeriksaan MBK
12 Januari 2012, Khamis - Unit Penguatkuasaan BBP Limbang dan anggota Bravo telah menjalankan pemeriksaan premis bagi tujuan Menghapus Bahaya Kebakaran ( MBK ) di Pejabat Pelajaran Daerah Limbang serta Bangunan Wisma Persekutuan Blok A. Hasil pemeriksaan didapati 2 kesalahan telah dikenalpasti di Wisma Persekutuan Blok A iaitu premis tersebut tidak mempunyai lampu tanda keluar dan tidak mempunyai sistem hose reel ( hanya menggunakan sumber dari paip biasa yang disambung kepada hose reel).
Kawad Mahir - Breathing Apparatus ( B.A )
12 Januari 2012, Khamis - Anggota Bravo BBP Limbang telah mengadakan Latihan Kawad Mahir Alat Pernafasan di sekitar kawasan balai. Latihan yang diketuai oleh PBK II Bujang bersama anggota telah menjalankan pembiasaan penggunaan alat pernafasan ketika bergerak. Tujuan latihan ini adalah untuk membiasakan anggota dengan penggunaan alat pernafasan. Demikian itu, latihan ini pastinya membantu serba sedikit sekiranya terdapat situasi yang memerlukan anggota menggunakan alat pernafasan.
MESYUARAT BALAI 1/2012
11 Januari 2012 | Mesyuarat balai Bil. 1/2012 telah berjalan dengan lancar. Pelbagai agenda telah dibangkitkan oleh Ketua Balai Ys. Tuan Mashidi Bin Taha antaranya sasaran kerja tahun 2012 dimana penjimatan elektrik, air dan penggunaan telefon ditekankan disamping kebersihan Balai dan kawasan flat kediaman BBP Limbang. Pencapaian tahun 2011 & sasaran kerja tahun 2012 juga dibentangkan oleh PB Mohd. Hafizie Azely dari Unit Latihan & PB Mursen Bin Timol dari Unit MBK.
Isnin, 9 Januari 2012
GOTONG ROYONG MASJID BARU LIMBANG
7 Januari 2012 | Aktiviti gotong royong anggota Bomba Dan Penyelamat Limbang (Pasukan Alpha yang bertugas) bersama Ketua Bomba Zon Limbang,Tuan Anuar Shadzat Bin Merdzuki yang bertempat di Masjid Baru Limbang berlangsung dengan jayanya. YB. Haji Hasbi Bin Habibollah turut bersama-sama turun padang bersama penduduk Limbang bagi menjayakan aktiviti ini. Masjid yang telah siap dibina pada tahun 2011 kini sedia untuk kegunaan orang ramai.
Langgan:
Catatan (Atom)