Jumaat, 30 Mac 2012

Kempen Keselamatan Kebakaran 'on-air' bersama RTM Limbang





Limbang 29 Mac 2012,
Satu program khas secara siaran langsung di udara bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang telah diadakan di RTM Limbang. Program tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang peranan dan tanggungjawab Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia kepada seluruh umum lapisan masyarakat dan khasnya penduduk tempatan mengenai peranan dan fungsi JBPM. Program tersebut juga bertujuan memberi info tentang keselamatan kebakaran, Teman Pili Bomba, Program Bomba bersama masyarakat, dan Pasukan Bomba Sukarela.
Penerangan secara 'On-Air' jam 11:00 pagi tersebut telah disampaikan oleh PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki selaku Ketua Bomba Zon Limbang diiringi oleh PKPgB Awg Farbu Bin Awg Abd Hamid selaku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang.

Program Bomba Bertemu Pelanggan







27 mac 2012,
Program Bomba bertemu pelanggan tersebut telah diadakan di Limbang Plaza dari jam 0900 pagi hingga 1600 petang. Program tersebut adalah bertujuan untuk memberi nasihat, penerangan dan juga apa-apa permasalahan orang ramai berkaitan dengan keselamatan kebakaran. Disamping itu juga ia adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara Bomba dan juga masyarakat setempat di bahagian Limbang . Program mendekati pelanggan tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dirancang oleh JBPM Limbang untuk mewujudkan hubungan harmoni bersama masyarakat dan juga memberi penerangan tentang bidang tugas kebombaan. Kumpulan sasaran utama adalah pemilik-pemilik kedai, kakitangan pegawai kerajaan dan pengunjung-pengunjung serta penghuni-penghuni hotel yang berhampiran.




Isnin, 26 Mac 2012

UKJK siri 1/2012

JUMAAT | 23 Mac 2012 | Anggota BBP Limbang telah mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Setiap anggota adalah wajib untuk menjalani ujian ini dimana setiap anggota perlu melepasi tahap tertentu dan terdapat 5 disiplin yang perlu ditempuhi antaranya adalah bangun tubi, lari ulang alik, lompat jauh berdiri, ujian duduk dan menjangkau dan ujian larian 2.4 kilometer.








Ahad, 25 Mac 2012

LAWATAN JAWATANKUASA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI BAHAGIAN LIMBANG KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LIMBANG

Pada 21 Mac yang lalu BBP Limbang menerima lawatan muhibbah oleh Jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bahagian Limbang anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya. Pelbagai acara telah dijalankan termasuklah Ceramah Keselamatan Kebakaran, tatacara penggunaan Alat Pemadam Api dan demontrasi pemadaman kebakaran. Seramai 11 orang kanak-kanak istimewa telah hadir bersama guru pengiring untuk menjayakan aktiviti ini.








Rabu, 21 Mac 2012

CERAMAH KECEMASAN SEMASA KEBAKARAN (FIRE DRILL)

SELASA | 20 mac 2012 – Program ceramah kecemasan semasa kebakaran telah diadakan di Dewan Kafeteria, SK Kuala Medalam Limbang. PBK II Bujang Bin Daud bersama dua orang anggota bersama-sama pihak sekolah terutamanya Encik Endrick @ Endrik Enjan, Pengetua SK Kuala Medalam turut sama menjayakan program yang dihadiri seramai 80 pelajar SK Kuala Medalam termasuk pelajar Pra-Sekolah Kuala Medalam. Ceramah yang disampaikan oleh PB Mohamad Hafizie mengenai bahaya kebakaran amat menarik minat para pelajar terutamanya teknik-teknik penggunaan Alat Pemadam Api dengan cara yang betul. Api semasa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan.








Isnin, 12 Mac 2012

MALAM "JASAMU DIKENANG"

JUMAAT | 09 MAC 2012 | Majlis makan malam “JASAMU DIKENANG” diadakan adalah bersempena dengan PKPgB Mashidi Bin Taha yang akan berpindah tugas ke BBP Sungai Merah Sibu. 10 bulan beliau memegang pucuk pimpinan sebagai Ketua Balai BBP Limbang meninggalkan kesan yang mendalam dan pemergian beliau amat dirasai oleh setiap anggota BBP Limbang. Semoga beliau terus maju kehadapan. Disamping itu, majlis diadakan sempena menyambut Ketua Balai baru PKPgB Awang Mohamad Farbu Bin Abdul Hamid dan PB Stanley Liaw yang sebelum ini bertugas di Sibu.







Rabu, 7 Mac 2012

PENYERAHAN TUGAS KETUA BALAI

RABU | 07 MAC 2012 | Telah berlangsungnya majlis penyerahan dan penerimaan tugas secara rasmi daripada PKPgB Mashidi Bin Taha kepada PKPgB Awang Mohamad Farbu Bin Abdul Hamid yang berkuatkuasa bermula daripada 01 mac 2012. PKPgB Mashidi Bin Taha yang telah memegang jawatan sebagai Ketua Balai, BBP Limbang dari 18 April 2011 sehingga 01 Mac 2012 menyerahkan nota serah tugas sepertimana yang telah diarah berdasarkan surat arahan perpindahan beliau ke BBP Sungai Merah Sibu.