Rabu, 23 Januari 2013

Mesyuarat Balai 01/2013 BBP LIMBANG





22 Jan 2013
Mesyuarat Balai telah diadakan bersama Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang., Tuan Awg Farbu Bin Awg Abd Hamid  bersama anggota di bilik mesyuarat BBP Limbang. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan pengurusan balai, pencapaian sasaran kerja tahunan, operasi kebombaan, dan lain-lain hal yang berkaitan dengan pengurusan  balai bagi penetapan sasaran kerja tahun 2013 mengikut perancangan yang selaras dengan keperluan Jabatan. Ketua Balai juga menasihatkan supaya anggota memberi komitmen dan kerjasama dalam menjalankan tugas harian supaya dapat memberi hasil kerja yang memuaskan disamping menyelesaikan masalah-masalah yang perlu ditangani bagi meningkatkan lagi sumbangan anggota kepada jabatan dan orang awam selaras dapat menaikkan lagi nama Jabatan. Mesyuarat juga membincangkan tentang perlaksanaan unit-unit di balai dan perancangan kerja serta masalah-masalah yang perlu dipertengahkan bagi penyelesaian bersama agar dapat memberi hasil dan mutu kerja yang berkualiti dan efisien. Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 1100 pagi. 










Isnin, 14 Januari 2013

Latihan Pengungsian Bangunan Dan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api Kepada Kakitangan Pejabat Lembaga Air Kawasan Utara Limbang (LAKU).

Pada 14 januari 2013, Balai Bomba dan Penyelamat Limbang telah mengadakan sesi latihan pengungsian bangunan dan demontrasi penggunaan alat pemadam api kepada kakitangan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Bahagian Limbang. Pegawai yang terlibat dalam program ini adalah Pasukan Bravo yang di ketuai oleh PBK II Bujang Bin Daud. Program ini selesai dengan selamat dan jayanya.