Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Kami dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014. Semoga kita dijauhi dari segala malapetaka dan musibah. Sila lawat FB kami di BBP LIMBANG.



Rabu, 26 Jun 2013

PROGRAM "FIRE POINT" DAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ZON LIMBANG



MASA : 26 Jun 2013 / 1400 PETANG

TEMPAT : DEWAN  KAMPUNG  TUNA LIMBANG, SARAWAK

Program "Fire Point" dan Kempen Keselamatan Kebakaran  Zon Limbang telah dijalankan lagi dengan menggabungkan 3 kampung berhampiran Jalan Pandaruan Limbang iaitu Kpg Tuna, Kpg Gumaya dan Kpg Sayong Limbang. Program tersebut didahulukan dengan bacaan Doa, ucapan ketua Kampung, ucapan rasmi Ketua BBP Limbang dan seterusnya penyampian surat perlantikan penjaga "Fire Point" serta penyerahan 6 biji Alat Pemadam api kepada setiap wakil-wakil kampung. Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti cara pengendalian Alat Pemadam Api oleh anggota Bomba dan penduduk Kampung diikuti dengan pameran peralatan kebombaan dalam Jentera Scania dan penerangan tentang skop-skop tugas harian Bomba. Objektif kempen ini diadakan ialah memberi  kefahaman keselamatan kebakaran, teknik pemadaman apabila berlakunya kebakaran dan juga memberi pendedahan terhadap punca berlakunya kebakaran serta langkah-langkah pencegahan. Selain itu juga untuk ianya merapatkan lagi hubungan dengan mesyarakat setempat dikalangan penduduk dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang. Kempen tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bomba Zon Limbang, PgB  Anuar Shardzat Bin Merdzuki bersama Ketua BBP Limbang PKPgB Awg Farbu dan anggota Pasukan Alpha.




Isnin, 24 Jun 2013

MAJLIS JAMUAN JASAMU DIKENANG BERSAMA PBK II MAMAD BIN HJ KARIM DAN MERAIHKAN KEDATANGAN KETUA BALAI BBP LAWAS PPgB MOHD SHAMLIE BIN RADAE






 
 22 JUN 2013,

Majlis jamuan Jasamu Dikenang bersama Mamad Bin Hj. Karim yang  bersara telah diadakan di Pejabat Bomba Zon Limbang, Majlis tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran meraikan rakan-rakan sambil beramah mesra sesama warga Bomba Zon Limbang. Ketua Bomba Zon Limbang,Tuan Anuar Shadzat merakam ribuan terima kasih di atas perkhidmatan, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh PBK II Mamad selama berpuluh tahun dalam JBPM Negeri Sarawak , semoga tempoh perkhidmatannya menjadi satu kenangan manis dan  inspirasi untuk anggota terus berkhidmat dengan cemerlang walau di mana pun berada sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dalam pada itu juga Tuan Anuar sempat mengalukan kedatangan Mohamad Shamlie b. Radae, selaku Ketua Balai BBP Lawas yang baru. Dalam teks beliau, Perkhidmatan awam pada hari ini dan akan datang mempunyai cabaran yang lebih hebat kerana orang awam dan sesiapa sahaja berurusan dengan kita kini lebih bijak dan mempunyai banyak maklumat. Perkhidmatan awam kini dituntut menjadi cekap dan pantas melalui pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa termasuklah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan meyeru agar anggota sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam Jabatan.
Majlis jamuan tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga warga Bomba Zon Limbang.




Khamis, 20 Jun 2013

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS KETUA BALAI LAWAS


Pada 20 Jun 2013 telah diadakan Majlis Terima dan Serah Tugas Ketua Balai Lawas terkini di bilik mesyuarat BBP Limbang, PPgB Mohamad Shamlie Bin Radaee dari BBP Marudi yang telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Penguasa Bomba KB 29 menggantikan PBK I Jiki @ Zaki Bin Hussin yang telah menanggung tugas Ketua Balai Lawas mulai Jan 2008 hingga hari ini. Majlis serba ringkas ini disempurnakan oleh PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki, Ketua Bomba Zon Limbang bersama dengan pegawai-pegawai dari BBP Limbang dan BBP Lawas.





Rabu, 3 April 2013


 

 


Lawatan Rasmi pegawai kanan ke BBP Limbang telah diadakan pada 28.03.2013 oleh YS.Tuan Morni dan YS. Tuan Yusry dari Putrajaya. Lawatan tersebut telah membuat pemantauan, pemeriksaan dan audit ke Pejabat Bomba Zon Limbang, BBP Limbang dan BBP Lawas seterusnya memberi taklimat penerangan berkenaan dengan Dasar keselamatan Dan Kesihatan Pekerja kepada anggota Zon dan Balai.

Khamis, 14 Mac 2013

PROGRAM JIWA MURNI BBP LIMBANG 2013







Program Jiwa Murni Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dengan peruntukan RM2000 pembelian bahan mentah bagi menghasilkan 5 set meja makan (Bulat), Podium Tabik Hormat, Tapak Tiang Bendera dan Meja Mesyuarat Pejabat Zon telah dihasilkan dengan jayanya oleh anggota Pasukan Alpha yang diketuai oleh PBKII Mamad Bin Hj Karim sebelum beliau bersara pada bulan April ini. Usaha dan kesungguhan bergotong-royong menyiapkan projek tersebut amat menggalakkan hasil kerjasama oleh anggota pasukan Alpha.

Rabu, 23 Januari 2013

Mesyuarat Balai 01/2013 BBP LIMBANG





22 Jan 2013
Mesyuarat Balai telah diadakan bersama Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang., Tuan Awg Farbu Bin Awg Abd Hamid  bersama anggota di bilik mesyuarat BBP Limbang. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan pengurusan balai, pencapaian sasaran kerja tahunan, operasi kebombaan, dan lain-lain hal yang berkaitan dengan pengurusan  balai bagi penetapan sasaran kerja tahun 2013 mengikut perancangan yang selaras dengan keperluan Jabatan. Ketua Balai juga menasihatkan supaya anggota memberi komitmen dan kerjasama dalam menjalankan tugas harian supaya dapat memberi hasil kerja yang memuaskan disamping menyelesaikan masalah-masalah yang perlu ditangani bagi meningkatkan lagi sumbangan anggota kepada jabatan dan orang awam selaras dapat menaikkan lagi nama Jabatan. Mesyuarat juga membincangkan tentang perlaksanaan unit-unit di balai dan perancangan kerja serta masalah-masalah yang perlu dipertengahkan bagi penyelesaian bersama agar dapat memberi hasil dan mutu kerja yang berkualiti dan efisien. Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 1100 pagi.