Rabu, 26 Jun 2013

PROGRAM "FIRE POINT" DAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ZON LIMBANG



MASA : 26 Jun 2013 / 1400 PETANG

TEMPAT : DEWAN  KAMPUNG  TUNA LIMBANG, SARAWAK

Program "Fire Point" dan Kempen Keselamatan Kebakaran  Zon Limbang telah dijalankan lagi dengan menggabungkan 3 kampung berhampiran Jalan Pandaruan Limbang iaitu Kpg Tuna, Kpg Gumaya dan Kpg Sayong Limbang. Program tersebut didahulukan dengan bacaan Doa, ucapan ketua Kampung, ucapan rasmi Ketua BBP Limbang dan seterusnya penyampian surat perlantikan penjaga "Fire Point" serta penyerahan 6 biji Alat Pemadam api kepada setiap wakil-wakil kampung. Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti cara pengendalian Alat Pemadam Api oleh anggota Bomba dan penduduk Kampung diikuti dengan pameran peralatan kebombaan dalam Jentera Scania dan penerangan tentang skop-skop tugas harian Bomba. Objektif kempen ini diadakan ialah memberi  kefahaman keselamatan kebakaran, teknik pemadaman apabila berlakunya kebakaran dan juga memberi pendedahan terhadap punca berlakunya kebakaran serta langkah-langkah pencegahan. Selain itu juga untuk ianya merapatkan lagi hubungan dengan mesyarakat setempat dikalangan penduduk dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang. Kempen tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bomba Zon Limbang, PgB  Anuar Shardzat Bin Merdzuki bersama Ketua BBP Limbang PKPgB Awg Farbu dan anggota Pasukan Alpha.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan