Jumaat, 26 Mac 2010

Kebakaran Bengkel Kereta

25.03.2010 |21:30| Kampung Sungai Poyan, Jalan Kubong Limbang.



Jumaat, 19 Mac 2010

Kebakaran Hutan Belukar


Bermula dari 16 mac 2010, kebakaran hutan belukar telah berlaku di sempadan Kampung Telahak dan Kampung Meritam Limbang. Kawasan yang dianggarkan seluas 2000 ekar ini terdiri daripada tanaman kontan seperti durian, kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Hari ke-2 (17.03.2010)

hari ke-3 (18.03.2010)

Hari ke-4 (19.03.2010)

Hari ke-5 (20.03.2010)

Bantuan dari Miri, Lawas, Bomba Sukarela serta penduduk kampung Meritam. Tuan Jamil serta Tuan Sabarudin juga tiba di tempat kejadian untuk memantau keadaan.

Khamis, 11 Mac 2010

Banjir Kilat Jalan Kubong

10 Mac 2010 | 04:18 | BBP Limbang dikejutkan dengan banjir kilat yang berlaku di jalan Kubong Limbang. Hujan lebat yang bermula seawal 2.oo pagi tu hampir menenggelamkan beberapa buah rumah, rumah panjang dan sekolah. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Photo By : Mr. Chua Limbang










Jumaat, 5 Mac 2010

Kebakaran Rumah Panjang Tujuh Pintu

Pada 3 Mac 2010 (08:18) BBP Limbang telah menerima panggilan kecemasan GEMPAR MERAH kebakaran rumah panjang Rh Jantin, Kampung Merasam Parit, Jalan Meritam. Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian 35 minit kemudian mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber bekalan air akibat daripada keadaan kemarau yang melampau dan tiada Pili Bomba di tempat kejadian. Menurut saksi kebakaran bermula dari dapur dan merebak ke bumbung melalui dinding di salah salah sebuah rumah. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.






Isnin, 1 Mac 2010

Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah.

Pada sepanjang minggu terakhir pada bulan Febuari yang lalu anggota BBP Limbang menghadiri kebakaran Api Sampah yang berlaku di Tapak Perlupusan sampah, Kampung Batu Bekarang, Jalan Kubong Limbang. Kemarau telah menyukarkan keadaan dan terima kasih dengan bantuan pihak Majlis Daerah Limbang akhirnya kebakaran telah berjaya dipadam.

Photo by : PB Mohd Hafizie Azely Bin Abdul Wahab