Jumaat, 5 Mac 2010

Kebakaran Rumah Panjang Tujuh Pintu

Pada 3 Mac 2010 (08:18) BBP Limbang telah menerima panggilan kecemasan GEMPAR MERAH kebakaran rumah panjang Rh Jantin, Kampung Merasam Parit, Jalan Meritam. Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian 35 minit kemudian mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber bekalan air akibat daripada keadaan kemarau yang melampau dan tiada Pili Bomba di tempat kejadian. Menurut saksi kebakaran bermula dari dapur dan merebak ke bumbung melalui dinding di salah salah sebuah rumah. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan