Khamis, 1 April 2010

SUNTIKAN PELALIAN INFLUENZA A ( H1N1 ) UNTUK PEGAWAI BOMBA LIMBANG





BOMBA merupakan sebuah Pasukan beruniform yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam semua situasi ketika menjalankan tugas. Sebagai langkah pencegahan pihak Jabatan Kesihatan Limbang telah memperuntukkan suntikan pelalian INFLUENZA A ( H1N1 ) kepada Pegawai / Anggota Bomba Limbang. Seramai 25 orang Pegawai / Anggota telah menerima suntikan. Rata – rata mereka yang menerima suntikan mengalami kesan sampingan seperti demam, sakit kepala, sengal badan serta kemerahan ditempat suntikan, walau bagaimanapun kesannya akan hilang dalam 2 – 3 hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan