30 ogos 2010 | 1400 | BBP limbang menerima panggilan kebakaran rumah yang beralamat di kampung Pabahanan Limbang. Sebuah rumah telah terbakar yang memiliki kadai jahit musnah dalam kebakaran tersebut. Rumah berhampiran telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dibantu oleh penduduk kampung berkenaan. Nilai kerugian dianggarkan RM120 000 dan RM60 000 (rumah bersebelahan) berjaya diselamatkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Klik sini untuk menonton video oleh syukriabdul RTM Limbang.
Isnin, 30 Ogos 2010
SALAM KEMERDEKAAN 2010
Assalamualaikum, salam satu Malaysia.
Atas kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga Balai Bomba & Penyelamat Limbang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-53 2010. Tanamkan tekad serta azam untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan berhemah tinggi. InsyaAllah, dengan kesetiaan kita kepada tugas dan tanggungjawab, negara dan bangsa, serta berpandukan kepada nilai-nilai keagamaan sebagai teras utama, kita akan dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah organisasi yang benar-benar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta bertaraf dunia.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
Ahad, 8 Ogos 2010
PULANG MEMBAWA KEJAYAAN
Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Negeri yang bertempat di Akademi Bomba Dan Penyelamat, Sarawak (Bau) mencatat sejarah yang membanggakan apabila SMK Medamit Limbang berjaya mendapat tempat ke-2 keseluruhan pada tahun ini.
Pencapaian :
- kawad kaki :tempat ke-3
- operasi menyelamat kering (L) :tempat pertama
- operasi menyelamat kering (P) :tempat pertama
- operasi menyelamat basah berhalangan (L) :tempat ke-4
- operasi menyelamat basah berhalangan (P) :tempat ke-2
- operasi menyelamat campuran :tempat ke-2
- kuiz kebombaan :tempat ke-2
Kredit to : Miss Evette dan PB Mohd. Hafizie Azely
Langgan:
Catatan (Atom)