Isnin, 30 Ogos 2010

SALAM KEMERDEKAAN 2010



Assalamualaikum, salam satu Malaysia.

Atas kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga Balai Bomba & Penyelamat Limbang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-53 2010. Tanamkan tekad serta azam untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan berhemah tinggi. InsyaAllah, dengan kesetiaan kita kepada tugas dan tanggungjawab, negara dan bangsa, serta berpandukan kepada nilai-nilai keagamaan sebagai teras utama, kita akan dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah organisasi yang benar-benar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta bertaraf dunia.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

1 ulasan: