Ahad, 31 Julai 2011

Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Boys Brigade Ke BBP Limbang


A
had, jam 14:30 pm

Hasrat ingin tahu dan minat terhadap kerjaya Bomba telah memberi inspirasi kepada Boys Brigade In Malaysia First Company Limbang melawat ke BBP Limbang pada 31.07.2011 terlaksana apabila seramai lebih kurang 40 orang ahlinya bersama 6 guru pengiring telah diberi penerangan lebih lanjut lagi semasa lawatan tersebut. Lawatan tersebut telah banyak memberi dorongan serta informasi kepada ahli-ahli tersebut memahami visi, misi, objektif dan fungsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Disamping mendapat ilmu pengetahuan, ahli-ahli tersebut juga mandapat menfaat pembelajaran daripada ceramah dan tunjuk ajar kemahiran penggunaan peralatan menyelamat yang diberi oleh anggota Pasukan Alpha yang diketuai PBK II Mamad Hj. Karim serta anggota yang bertugas.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kelajuan Mengundang Bahaya

Komander Operasi sedang melakukan saiz up
pada kereta model Porshce yang terbabas

keadaan kereta serta mangsa yang diberi rawatan

Jumaat, 0902 pagi, Pasukan Alpha dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan semasa anggota Bomba BBP Limbang sedang khusyuk mendengar ceramah agama sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan bersama Ustaz jemputan Abdul Ghani di BBP Limbang. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta model "Porsche" berflat pendaftaran Negara Brunei Darussalam terbabas di bahu jalan kawasan Kpg Limpasong Limbang tersebut berlaku semasa konvoi beberapa buah kereta model Porsche dari Negara Brunei Darusslam tersebut dalam perjalanan dijangka akan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Namun mangsa terselamat dari kecelakaan dan hanya mengalami kecederaan ringan saja semasa pasukan Bomba tiba di tempat kejadiaan.

Selasa, 19 Julai 2011

Kronologi Kebakaran Kampung Seberang Kedai Limbang

Pada 17 Julai 2011 | JAM1324 | BBP Limbang menerima satu panggilan kecemasan kebakaran rumah di Kampung Seberang Kedai Limbang. Berikut adalah susun atur gambar-gambar kronologi test call bagi kebakaran Kampung Seberang Kedai Limbang.

PERGERAKKAN MENGELUAR BOT & PERALATAN

OIC MENANTI KEHADIRAN PAJERO & BOT DI PENGKALAN

HALANGAN SEPERTI KAYU PERLU DI BERSIHKAN SEBELUM MENURUNKAN BOT

PAJERO DAN BOT SAMPAI DI PENGKALAN

PROSES MENURUNKAN BOT

BOT DI TURUNKAN

MENGANKAT PERALATAN OPERASI KE DALAM BOT

KETUA BALAI BERSAMA PASUKAN BERGERAK KE TEMPAT KEJADIAN

BOT PENYELAMAT SAMPAI DI TEMPAT KEJADIAN

OPERASI PEMADAMAN BERMULA

PANCUTAN PERTAMA AIR DARIPADA HUJUNG NOZEL

OPERASI SELESAI DAN KETUA BALAI SEMPAT BERBUAL DENGAN SALAH SEORANG AJK PBS KAMPUNG SEBERANG KEDAI

BOT PENYELAMAT SAMPAI DI PENGKALAN SETELAH SELESAI MENJALANKAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:-

PKPgB MASHIDI BIN TAHA

KETUA BALAI BOMBA LIMBANG