Jumaat, 29 Julai 2011

Kelajuan Mengundang Bahaya

Komander Operasi sedang melakukan saiz up
pada kereta model Porshce yang terbabas

keadaan kereta serta mangsa yang diberi rawatan

Jumaat, 0902 pagi, Pasukan Alpha dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan semasa anggota Bomba BBP Limbang sedang khusyuk mendengar ceramah agama sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan bersama Ustaz jemputan Abdul Ghani di BBP Limbang. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta model "Porsche" berflat pendaftaran Negara Brunei Darussalam terbabas di bahu jalan kawasan Kpg Limpasong Limbang tersebut berlaku semasa konvoi beberapa buah kereta model Porsche dari Negara Brunei Darusslam tersebut dalam perjalanan dijangka akan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Namun mangsa terselamat dari kecelakaan dan hanya mengalami kecederaan ringan saja semasa pasukan Bomba tiba di tempat kejadiaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan