Jumaat, 28 Oktober 2011

" Kemalangan kereta yang tidak disangka.... "


Jumaat, 28 Oktober 2011

Alamat : Km 28.4, Kampung Limpasung,
Jalan Tedungan, Limbang.
Jentera : Mercedes Atego BJU 5992
Ketua Operasi : PBK II Bujang Bin Daud
Anggota : 5 Orang (termasuk K.Operasi)
Butir - butir Mangsa : Lelaki : 1 cedera & 4 selamat
Perempuan : 4 cedera & 1 selamat

Semasa Pasukan Bomba dalam perjalanan menghadiri khidmat khas memusnah sarang lebah di CIQ Tedungan, didapati sebuah kereta Avanza jenis TOYOTA No. Pendaftaran Brunei KR 2605 terbabas dan masuk ke dalam parit berair di tepi jalan di mana 2 orang mangsa (seorang kanak - kanak perempuan dan seorang wanita) terperangkap di dalam kereta tersebut. Pasukan Bomba berhenti untuk memberi pertolongan dan memaklumkan kejadian tersebut ke Kawalan Limbang melalui Vehicular Terminal Jentera BJU 5992 bagi memulakan operasi penyelamatan serta memaklumkan penangguhan operasi memusnah sarang lebah. Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta tersebut dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera. Sebaik tiba kereta Ambulans, mangsa diserahkan untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Limbang.

Rabu, 26 Oktober 2011

Fire Drill di Limbang Plaza




RABU, 26 oktober 2011 - Anggota BBP Limbang & Pejabat Zon Limbang dengan kerjasama pihak Hospital, Polis, staff Punama Hotel serta staff Limbang Plaza telah mengadakan satu latihan pengungsian bangunan @ "Fire Drill". Anggota Bomba terdiri daripada 4 orang pegawai Pejabat Zon & 20 orang anggota BBP Limbang. Latihan tersebut telah bermula daripada pukul 09.25 pagi dan tamat pada pukul 10.50 pagi. Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.

TAHNIAH

Selasa | 25 oktober 2011 seramai 12 orang anggota Bomba dan Penyelamat Zon Limbang termasuk BBP Lawas telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia yang disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak.












Link
WWW.BOMBALIMBANG.BLOGSPOT.COM

Sabtu, 15 Oktober 2011

Lawatan Pegawai Dari Akedami Bomba Negeri Sarawak PKPgB Abg.Azmi ke BBP Limbang.





BBP Limbang, Sabtu 15 Oktober 2011,

Lawatan serta taklimat PESKEB oleh Pegawai dari Akedami Bomba Negeri Sarawak, PKPgB Abang Azmi ke Balai Bomba Dan penyelamat Limbang telah memberi penerangan peranan dan perkembangan PESKEB dengan lebih jelas lagi tentang penglibatan persatuan dalam Jabatan serta kebajikan anggota bersama. Diikuti dengan aktiviti latihan penerangan dan tatacara dalam operasi khidmat khas menyelamat mangsa yang dipraktikkan serta demo oleh anggota EMRS BBP Limbang, dikawakselia oleh Pegawai Latihan Dari Akedemi Bomba, PKPgB Abang Azmi.






Jumaat, 14 Oktober 2011

Ceramah & Latihan Pengungsian SJKC Yuk Hin










Jumaat, 14 Oktober 2011 - Anggota BBP Limbang terlibat dalam aktiviti ceramah & latihan pengungsian bangunan di SJKC Yuk Hin, Limbang. Pegawai dari Unit Latihan & anggota BBP Limbang memberi ceramah mengenai Keselamatan Kebakaran, Penggunaan Alat Pemadam Api & Tatacara Pengungsian Bangunan kepada pihak sekolah tersebut. Setelah itu, pihak sekolah dan pelajar diberikan penerangan mengenai peralatan & kegunaan peralatan di dalam jentera bomba.

Khamis, 13 Oktober 2011

Pengagihan Ubat Penyakit Filariasis(Untut)



















































Khamis,13 Oktober 2011

Lawatan dari Pihak Kesihatan Hospital Limbang untuk pengagihan lanjutan ubat Penyakit Untut @ Penyakit Filariasis kepada pegawai - pegawai bomba di BBP Limbang. Pengagihan ubat telah dibuat di Bilik Mesyuarat BBP Limbang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga selesai pengagihan kepada semua pegawai.

http://globalnetwork.org/about-ntds/factsheets/lymphatic-filariasis

hhtp://emedicine.medscape.com/article/217776-overview



Link