Jumaat, 28 Oktober 2011

" Kemalangan kereta yang tidak disangka.... "


Jumaat, 28 Oktober 2011

Alamat : Km 28.4, Kampung Limpasung,
Jalan Tedungan, Limbang.
Jentera : Mercedes Atego BJU 5992
Ketua Operasi : PBK II Bujang Bin Daud
Anggota : 5 Orang (termasuk K.Operasi)
Butir - butir Mangsa : Lelaki : 1 cedera & 4 selamat
Perempuan : 4 cedera & 1 selamat

Semasa Pasukan Bomba dalam perjalanan menghadiri khidmat khas memusnah sarang lebah di CIQ Tedungan, didapati sebuah kereta Avanza jenis TOYOTA No. Pendaftaran Brunei KR 2605 terbabas dan masuk ke dalam parit berair di tepi jalan di mana 2 orang mangsa (seorang kanak - kanak perempuan dan seorang wanita) terperangkap di dalam kereta tersebut. Pasukan Bomba berhenti untuk memberi pertolongan dan memaklumkan kejadian tersebut ke Kawalan Limbang melalui Vehicular Terminal Jentera BJU 5992 bagi memulakan operasi penyelamatan serta memaklumkan penangguhan operasi memusnah sarang lebah. Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta tersebut dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera. Sebaik tiba kereta Ambulans, mangsa diserahkan untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Limbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan