Isnin, 30 April 2012
Lawatan Tadika Buangsiol
Pada pagi 30 April 2012, BBP Limbang telah menerima satu lawatan dari Tabika Buangsiol. Lawatan tersebut terdiri daripada 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Para pelajar diberi penerangan mengenai kerjaya Bomba, bahaya api dan juga pertunjukkan video Kelab 3K serta diajar teknik menggulingkan badan. Para pelajar juga berkesempatan untuk mencuba hose reel dan mengenali peralatan kebombaan yang lain.
Sabtu, 28 April 2012
Lawatan Sambil Belajar Pergerakan Pengakap Kumpulan 03 SMK Limbang
Sabtu, 28 April 2012
Jemputan BBP Limbang sebagai penceramah kursus dari Pegerakan Pengakap Kumpulan 03 pelajar SMK Limbang telah diadakan di BBP Limbang. Aktiviti ini dilengkapi lagi dengan taklimat dari pegawai Bomba BBP Limbang berkaitan dengan fungsi dan peranan JBPM. Penerangan dan tatacara keselamatan menjadi sumber inspirasi kepada seramai 30 orang pelajar Kumpulan Pengakap tersebut untuk melengkapkan diri sebagai ilmu pengetahuan dan jati diri.
Jemputan BBP Limbang sebagai penceramah kursus dari Pegerakan Pengakap Kumpulan 03 pelajar SMK Limbang telah diadakan di BBP Limbang. Aktiviti ini dilengkapi lagi dengan taklimat dari pegawai Bomba BBP Limbang berkaitan dengan fungsi dan peranan JBPM. Penerangan dan tatacara keselamatan menjadi sumber inspirasi kepada seramai 30 orang pelajar Kumpulan Pengakap tersebut untuk melengkapkan diri sebagai ilmu pengetahuan dan jati diri.
Ahad, 22 April 2012
Kejohanan Sarawak Motorcross Championship 2012
Ahad, 22 April 2012
SARAWAK
AOTUMOTIVE RACING SPORT ASSOCIATION (SARSA) dibawah naungan KPSU telah
menganjurkan Kejohanan Motorcross Championship 2012 yang telah diadakan
di kawasan lapang berdekatan dengan masjid baru Limbang. Sambutan ramai
para peminat dan penonton menyaksikan sukan ekstrem lasak ini juga telah
memeriahkan lagi suasana pertandingan walaupun keadaan cuaca yang tidak
begitu baik disebabkan hujan. Pasukan Bomba dari Balai Bomba Dan
Penyelamat Limbang telah dijemput terlibat sebagai AJK keselamatan untuk
memberi khidmat bantuan keselamatan dalam pertandingan tersebut.
Rabu, 11 April 2012
WARGA PENDIDIK MAUT KEMALANGAN
11 April 2012 | 2030 Hrs | Pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah. Kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta (Perodua Kancil, Fortuna dan Toyota Camry) bertempat di Kampung Buluh Balui Jalan Tedungan. Seorang lelaki 27 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang penumpang bersamanya cedera parah. Al-Fatihah. Lagi berita di Borneo Post Online.
Sabtu, 7 April 2012
KEMALANGAN NGERI JALAN MEDAMIT
Khamis | 5 April 2012 | Seorang mangsa lelaki warganegara Malaysia, berbangsa Cina, dari Kampung Limpasong Limbang berumur 22 tahun maut dalam kemalangan jalan raya apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di KM 13.8 jalan Medamit Limbang. Ketua Operasi PBK II Bujang Bin Daud menyatakan 6 orang anggota mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat (rescue tools).
Jumaat, 6 April 2012
LAWATAN TADIKA HIKMAH LIMBANG
5 April 2012 BBP Limbang menerima tetamu seramai 45 orang termasuk kanak-kanak dan guru pengiring dari Tadika Hikmah Limbang. Ceramah Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak telah disampaikan oleh PB Mohd Hafizie dan dibantu anggota BBP Limbang.
Selasa, 3 April 2012
PASUKAN KADET BOMBA ZON LIMBANG 2012
Pada 28 mac hingga 31 mac telah diadakan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Sarawak yang bertempat di Mukah. Limbang tidak terkecuali menghantar wakil untuk turut sama menyahut cabaran ini. Seramai 34 orang peserta Kadet Bomba Zon Limbang yang bersama 4 orang guru pengiring dan 2 orang jurulatih dari BBP Limbang dengan slogan “LIMBANG! Chapoh Yoh! Anang Sengapa! Kuat Team Tok!!” Pasukan Kadet Bomba Zon Limbang telah berjaya mendapat tempat Naib Johan keseluruhan di dalam perkhemahan tersebut. Di mana Pasukan Kawad Operasi Basah (Lelaki) dan Kuiz Kebombaan mendapat Johan, Pasukan Kawad Menyelamat Kering (Lelaki) mendapat Naib Johan, Kawad Menyelamat campuran dan Kawad Menyelamat Kering (Perempuan) mendapat tempat ketiga. Upak! Upak! Tepus! Tepus! Upak Tepus! Sangat Bagus!!TAHNIAH!!
Langgan:
Catatan (Atom)