Khamis | 5 April 2012 | Seorang mangsa lelaki warganegara Malaysia, berbangsa Cina, dari Kampung Limpasong Limbang berumur 22 tahun maut dalam kemalangan jalan raya apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di KM 13.8 jalan Medamit Limbang. Ketua Operasi PBK II Bujang Bin Daud menyatakan 6 orang anggota mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat (rescue tools).
berhati2 d jln raya...kuatkan rondaan polis terutama d kawasan medamit kerana bnyak lori yg mmbwa lbih muatan yg brbhaya kpd pmandu lain..amin..
BalasPadam