Rabu, 16 Mei 2012

Operasi Mencari Warga Emas

Seorang mangsa wanita Dindang Ak Bantak, 70, hilang sekitar kawasan Kampung Lembuak ketika mencari pohon Bemban untuk membuat Tekiding sekitar jam 9 pagi Sabtu 12 Mei 2012 yang lalu selepas keluar dengan hanya memakai baju lengan panjang, berseluar panjang berwarna ungu dan kasut getah berwarna biru. Selain pihak Bomba seramai 52 anggota termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), RELA, Angkatan Tentera, Jabatan Pertahanan Awam  penduduk kampung melakukan operasi mencari dan menyelamat. Mangsa kemudiannya telah ditemui dalam keadaan kesejukan dan lemah pada pagi hari ke tiga 15 Mei 2012 di tepi bukit, Kampung Bidang lebih kurang 2.4 km dari lokasi beliau dilaporkan hilang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan