Khamis, 26 Julai 2012

UTUSAN BORNEO 12 JULAI 2012

Oleh Mastura Ismail | JBPM Limbang semakin dekat di hati masyarakat. Bermula dengan sambutan Hari Bomba Sedunia pada bulan Mei, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan di peringkat daerah Limbang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah derma darah, majlis tahlil dan bacaan Yasin disamping solat berjemaah. Kemuncak sambutan dimeriahkan dengan acara perbarisan, bacaan Ikrar Bomba, teks perutusan Pengarah JBPM yang dibacakan oleh Ketua Zon Limbang Anuar Shazad Merdzuki, penyampaian Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada PB Yupat Ambun dan memotong kek dimana turut terlibat Ketua Balai Bomba Limbang Awang Mohamad Farbu Abdul Hamid. Selain aktiviti-aktiviti tersebut turut dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan Tadika Kemas, memotong rumput dan mengecat alat-alat permainan. Aktiviti riadah dan santai yang dimeriahkan dengan barbeku dan karaoke sempena sambutan Hari ibu bagi menghargai jasa dan pengorbanan para ibu selama ini. Link Tahlil, kemasyarakatan hari ibu.


Jumaat, 20 Julai 2012

Kebakaran Blok B Balai Bomba Limbang

Pada 15 Julai 2012 BBP Limbang telah menerima panggilan kecemasan kebakaran bangunan pada jam 0815 pagi beralamat di Blok B, Balai Bomba Limbang. Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun menjadi mangsa. Penghuni Blok A dan Blok B segera mengosongkan bangunan setelah mendapat arahan dari pihak bomba. Latihan “Fire Drill” yang  dirancang oleh Ketua Zon dan Ketua Balai Limbang telah berjalan dengan lancar dan seterusnya sesi ceramah Keselamatan kebakaran dan penggunaan Alat Pemadam Api disampaikan kepada ahli keluarga Bomba Limbang.

Kronologi: bilik kawalan BBP Limbang terima panggilan
dan penghuni blok meninggalkan tempat kediaman.

Kronologi: Mangsa lelaki 10 tahun.

Sepatah kata daripada Ketua Zon Limbang, Anuar Shadzat Bin Merdzuki

Taklimat bahaya kebakaran daripada PBKII Azahari

Latihan penggunaan Alat Pemadam Api.

Group Foto

Khamis, 19 Julai 2012

Majlis Makan Malam Keluarga Bomba BBP Limbang

Pada malam 14 Julai 2012 BBP Limbang telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Bomba BBP Limbang. Pelbagai aktiviti memeriahkan suasana seperti teka gula, dart, kerusi berirama dan persembahan karaoke. Pemenang badminton tertutup lelaki dan wanita diumumkan dan penyampaian hadiah.








Rabu, 18 Julai 2012

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP BBP LIMBANG

Pada 14 Julai 2012 telah berlangsungnya pertandingan badminton tertutup Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang anjuran Badan Amal Kebajikan Sukan Bomba BAKSUB Limbang. Seramai  12 regu lelaki dan empat regu wanita di mana ahli keluarga Bomba Limbang juga terlibat untuk merebut gelaran juara. Link Aktiviti.

Perlawanan Akhir

Antara yang terlibat memeriahkan suasana

Antara  perlawanan yang paling sengit

Aksi Pegawai BBP Limbang

Selasa, 17 Julai 2012

TAKLIMAT KESELAMATAN ANJURAN SESCO LIMBANG

Pada 13 Julai 2012 | Pihak SESCO Limbang telah mengadakan taklimat mengenai Keselamatan Elektrik bertempat di bilik mesyuarat Balai Bomba Limbang. SESCO Limbang telah mengingatkan pengguna barangan elektrik khasnya dan pihak bomba supaya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan.

Jumaat, 13 Julai 2012

Kunjungan Sambil Belajar


Minggu kedua bulan julai dipenuhi dengan aktiviti ceramah dan demontrasi kepada pelajar sekolah. Selain menerima lawatan Tadika Kemas Kampung Petiambun dan jemputan PIBG SK Tiga Kampung baru-baru ini, BBP Limbang juga menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar SJK (C) Huk Hin, Murid Tahun 4 dan Prasekolah SK Ukong, dan SJK Chung Hwa Limbang pada hari yang berlainan.




SJK Chung Hwa Limbang



Pra Sekolah SK Ukong


SJK (C) Yuk Hin Limbang


Rabu, 11 Julai 2012

Lawatan Tadika Kemas Kpg Petiambun








Lawatan murid-murid diiringi guru-guru dari Tadika Kemas Kpg Petiambun pada 11.07.2012, jam 0900 ke Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang.

JEMPUTAN PIBG SK TIGA KAMPUNG









Selasa, 10 July 2012

BBP Limbang telah diwakili oleh 3 orang anggota dalam aktiviti tersebut. Ceramah keselamatan kebakaran telah diberikan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid bagi tujuan persediaan keselamatan di sekolah, asrama dan di rumah. Demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api juga turut diadakan dalam aktiviti tersebut.