Khamis, 26 Julai 2012

UTUSAN BORNEO 12 JULAI 2012

Oleh Mastura Ismail | JBPM Limbang semakin dekat di hati masyarakat. Bermula dengan sambutan Hari Bomba Sedunia pada bulan Mei, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan di peringkat daerah Limbang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah derma darah, majlis tahlil dan bacaan Yasin disamping solat berjemaah. Kemuncak sambutan dimeriahkan dengan acara perbarisan, bacaan Ikrar Bomba, teks perutusan Pengarah JBPM yang dibacakan oleh Ketua Zon Limbang Anuar Shazad Merdzuki, penyampaian Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada PB Yupat Ambun dan memotong kek dimana turut terlibat Ketua Balai Bomba Limbang Awang Mohamad Farbu Abdul Hamid. Selain aktiviti-aktiviti tersebut turut dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan Tadika Kemas, memotong rumput dan mengecat alat-alat permainan. Aktiviti riadah dan santai yang dimeriahkan dengan barbeku dan karaoke sempena sambutan Hari ibu bagi menghargai jasa dan pengorbanan para ibu selama ini. Link Tahlil, kemasyarakatan hari ibu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan