Isnin, 6 Ogos 2012

LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK

Pada hari pertama bulan ogos BBP Limbang telah menerima Lawatan Kerja Rasmi oleh YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak PKPjB Nor Hisyam Bin Mohammad. Kedatangan beliau kali ini sungguh bermakna bagi penerima Sijil Perkhimatan 30 Tahun iaitu PBK II Mamad Bin Haji Karim, PB Yupat Ak Ambun, PB Mohd. Ikhwan Abdullah dan PB Masu Ak Narak. Tidak terkecuali lima orang penerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 yang di sampaikan sendiri oleh beliau. Majlis selesai dengan sesi soal jawab YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak bersama pihak wartawan dan media Limbang seterusnya pemeriksaan kawasan balai dan kuarters BBP Limbang.

Pemeriksaan barisan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak,
PKPjB  Nor Hisyam Bin Mohamad di iringi Ketua Zon Limbang Anuar Shazad.

Ucapan aluan daripada Ketua Zon Limbang, Anuar Shazad Bin Merdzuki.

YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak memberi ucapan.

Gambar Kenangan bersama YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak

YS Pengarah bersama penerima sijil

Penerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun

Penerima APC- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

YS bersama pihak media

1 ulasan:

  1. tahniah pada penerima-penerima.

    selamat berkhidmat utk negara...

    BalasPadam