Sabtu 20 Okt 2012,
Kempen Keselamatan Kebakaran rumah panjang di kawasan Limbang diteruskan lagi ke RH Tan Rantau Kiran Ulu Mendamit Limbang bermula pada jam 0900 pagi hari tersebut. Kempen kesedaran keselamatan kebakaran tersebut diketuai oleh PBKII Mamad Bin Hj karim, selaku ketua unit latihan BBP Limbang, turut hadir dengan 2 anggota. Seramai lebih kurang 30 orang penghuni rumah panjang tersebut telah hadir mendengar ceramah kesedaran keselamatan dan kebakaran di rumah panjang tersebut. Aktiviti penerangan dan latihan penggunaan Alat Pemadam Api turut dijalankan bertujuan meyakinkan lagi penduduk rumah panjang tersebut bila berdepan dengan punca api sebelum ianya merebak menjadi api besar sebagai langkah tindakan awal kecemasan pencegahan kebakaran. Sambutan yang amat positif oleh penghuni rumah panjang tersebut telah menyeru Tuai Rumah Tan Ak Kayan untuk memohon sekali lagi kempen tersebut dijalankan bagi tujuan penerangan kepada penghuni lain yang akan balik ke rumah panjang pada musim perayaan Gawai Dayak atau Krismas masa akan datang. Aktiviti tersebut disudahkan dengan sumbangan sebiji Alat Pemadam Api bagi pihak Bomba Zon Limbang kepada tuai rumah sebagai tanda ehsan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan