Rabu, 26 Jun 2013

PROGRAM "FIRE POINT" DAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ZON LIMBANG



MASA : 26 Jun 2013 / 1400 PETANG

TEMPAT : DEWAN  KAMPUNG  TUNA LIMBANG, SARAWAK

Program "Fire Point" dan Kempen Keselamatan Kebakaran  Zon Limbang telah dijalankan lagi dengan menggabungkan 3 kampung berhampiran Jalan Pandaruan Limbang iaitu Kpg Tuna, Kpg Gumaya dan Kpg Sayong Limbang. Program tersebut didahulukan dengan bacaan Doa, ucapan ketua Kampung, ucapan rasmi Ketua BBP Limbang dan seterusnya penyampian surat perlantikan penjaga "Fire Point" serta penyerahan 6 biji Alat Pemadam api kepada setiap wakil-wakil kampung. Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti cara pengendalian Alat Pemadam Api oleh anggota Bomba dan penduduk Kampung diikuti dengan pameran peralatan kebombaan dalam Jentera Scania dan penerangan tentang skop-skop tugas harian Bomba. Objektif kempen ini diadakan ialah memberi  kefahaman keselamatan kebakaran, teknik pemadaman apabila berlakunya kebakaran dan juga memberi pendedahan terhadap punca berlakunya kebakaran serta langkah-langkah pencegahan. Selain itu juga untuk ianya merapatkan lagi hubungan dengan mesyarakat setempat dikalangan penduduk dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang. Kempen tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bomba Zon Limbang, PgB  Anuar Shardzat Bin Merdzuki bersama Ketua BBP Limbang PKPgB Awg Farbu dan anggota Pasukan Alpha.




Isnin, 24 Jun 2013

MAJLIS JAMUAN JASAMU DIKENANG BERSAMA PBK II MAMAD BIN HJ KARIM DAN MERAIHKAN KEDATANGAN KETUA BALAI BBP LAWAS PPgB MOHD SHAMLIE BIN RADAE






 
 22 JUN 2013,

Majlis jamuan Jasamu Dikenang bersama Mamad Bin Hj. Karim yang  bersara telah diadakan di Pejabat Bomba Zon Limbang, Majlis tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran meraikan rakan-rakan sambil beramah mesra sesama warga Bomba Zon Limbang. Ketua Bomba Zon Limbang,Tuan Anuar Shadzat merakam ribuan terima kasih di atas perkhidmatan, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh PBK II Mamad selama berpuluh tahun dalam JBPM Negeri Sarawak , semoga tempoh perkhidmatannya menjadi satu kenangan manis dan  inspirasi untuk anggota terus berkhidmat dengan cemerlang walau di mana pun berada sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dalam pada itu juga Tuan Anuar sempat mengalukan kedatangan Mohamad Shamlie b. Radae, selaku Ketua Balai BBP Lawas yang baru. Dalam teks beliau, Perkhidmatan awam pada hari ini dan akan datang mempunyai cabaran yang lebih hebat kerana orang awam dan sesiapa sahaja berurusan dengan kita kini lebih bijak dan mempunyai banyak maklumat. Perkhidmatan awam kini dituntut menjadi cekap dan pantas melalui pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa termasuklah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan meyeru agar anggota sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam Jabatan.
Majlis jamuan tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga warga Bomba Zon Limbang.




Khamis, 20 Jun 2013

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS KETUA BALAI LAWAS


Pada 20 Jun 2013 telah diadakan Majlis Terima dan Serah Tugas Ketua Balai Lawas terkini di bilik mesyuarat BBP Limbang, PPgB Mohamad Shamlie Bin Radaee dari BBP Marudi yang telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Penguasa Bomba KB 29 menggantikan PBK I Jiki @ Zaki Bin Hussin yang telah menanggung tugas Ketua Balai Lawas mulai Jan 2008 hingga hari ini. Majlis serba ringkas ini disempurnakan oleh PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki, Ketua Bomba Zon Limbang bersama dengan pegawai-pegawai dari BBP Limbang dan BBP Lawas.