Isnin, 4 Mei 2009

Di mana Ada Ruang,Di situ Ada Peluang!


Rary Ak. Binjie dilahirkan pada 15 Januari 1974 dan berasal dari Sri Aman, Sarawak.Beliau berbangsa iban dan beragama kristian.Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.Beliau Merupakan seorang pegawai bomba yang berkaliber.

Beliau mula bertugas di Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang,Sarawak pada tahun 2002 dan telah berkhidmat selama tujuh tahun.Taraf awal jawatan beliau ialah Ahli Bomba (Gred KB 11).Pada tahun 2006 beliau telah diserap ke jawatan Pegawai Bomba (Gred KB 17).Dan kini beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Bomba Kanan II (Gred KB 22) dan telah pun ditukarkan tempat bertugas ke Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas,Sarawak.

Penglibatan beliau dalam Jabatan Bomba ialah sebagai pasukan unit MUST negeri Sarawak.Beliau juga seorang jurulatih pasukan kadet bomba dan penyelamat negeri Sarawak.Manakala penglibatan beliau di luar jabatan pula adalah sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Limbang,Sarawak.Beliau pernah mewakili PBSMM untuk memberi bantuan kemanusiaan ke Banda Acheh Indonesia semasa tragedi Tsunami pada tahun 2004.

Selama beliau berkhidmat di jabatan bomba beliau telah menerima anugerah jurulatih kadet terbaik kebangsaan di Johor Baharu pada tahun 2006.Selain itu juga beliau telah menerima ”Anugerah Khidmat Khas Istimewa 2006” daripada Tunku Tan Sri Dato Shahriman Bin Tunku Sulaiman selaku Pengerusi Kebangsaan PBSMM.


TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU,
TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan