Isnin, 14 November 2011

PROGRAM KELAB 3K BBP LIMBANG

ISNIN | 14/11/2011 | Hari ini telah berlangsungnya pertandingan mewarna dan derma darah sempena Majlis Penyampaian Sijil Program Kelab 3K Balai Bomba dan Penyelamat Limbang. Majlis telah disempurnakan oleh YS. Tuan Anuar Shahzat Bin Merzuki, Ketua Zon Limbang dan dihadiri oleh Ys. Tuan Mashidi Bin Taha Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat limbang.
Turut dijemput kanak-kanak dari Tabika Kemas Lakil seramai 13 orang, Tabika Kemas Buangsiol seramai 5 orang dan Tabika Kemas Patiambun 'A' seramai 5 orang dan Tabika Kemas Patiambun 'B' seramai 3 orang bersama 5 orang guru pengiring. Tempat pertama dimenangi oleh adik Nicholas Bansing Ak Usah, Naib Johan dimenangi oleh Adik Haidatul Huda Binti Jupri dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Nor Huzaimy Hanafie kesemuanya dari Tabika Kemas Patimbun. Tahniah kepada pemenang.
Program derma darah juga diadakan dan terima kasih kepada Pihak Hospital Limbang yang turut bekerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan