Selasa, 4 Disember 2012

FIRE DRILL AIRPORT LIMBANG






04 Disember 2012,

Fire Drill bersama Bomba Airport Limbang, Jabatan Meteorlogy Limbang, Hospital Limbang, PDRM, dan Pejabat Daerah Limbang telah diadakan di lapangan terbang airport Limbang. Senario kejadian tersebut ialah Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 0915 pagi daripada pihak Bomba Airport Limbang mengenai kejadian pesawat terhempas di lapangan kapal terbang airport Limbang yang melibatkan 15 orang mangsa. Kerjasama daripada agensi-agensi terlibat bertujuan memberi latihan respon dan tindakan penyelamatan sekiranya berlaku kejadian kecemasan bagi persediaan awal kemungkinan kecemasan yang berlaku .Latihan tersebut telah dijalankan dengan jayanya hasil daripada perbincangan dan kerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat.
http://www.theborneopost.com/2012/12/09/15-mangsa-pesawat-terhempas-diselamatkan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan