Jumaat, 21 Disember 2012

MAJLIS PENYERAHAN ALAT PEMADAM API KEPADA PENDUDUK RUMAH PANJANG DAN KAMPUNG

20 Disember 2012,

KETIBAAN YB HASBI, AHLI PARLIMEN 
MALYSIA P211 LIMBANG


                                                    






            

GAMBAR KENANGAN BERSAMA SUKU KAUM PENAN DARI ULU LONG NAPIR,
LONG ADANG  DAN  LONG LUBANG, TUTOH
( DARI KIRI: BALA TINGAN,  KUYA ATEH, PENGARAH, DAN LEJO RIGUNG ) 

       

                                     PENGARAH MENUNJUKAN TATACARA PENGGUNAAN A.P.A
                                         KEPADA SUKU PENAN YANG TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT    


Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Zon Limbang telah menganjurkan majlis penyerahan Alat Pemadam Api bertempat di Dewan suarah Limbang yang disumbangkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Malaysia P221 Limbang, YB Hj.Hasbi Bin Hj.Habibollah, wakil MKN Negeri Sarawak, wakil Residen Bahagian Limbang, dan Pejabat Daerah Limbang. Alat Pemadam Api tersebut  disumbangkan kepada 27 buah wakil Rumah Panjang sekitar kawasan ulu Limbang dan 10 buah kampung sekitar kawasan pendalaman Limbang yang dianggarkan berjumlah 300 unit mengikut norma populasi penghuni kawasan masing-masing. Sasaran sumbangan Alat Pemadam Api tersebut ialah kepada penduduk kawasan pendalaman yang berisiko agak  jauh dan sukar dilalui berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam sasaran KPI JBPM, Zon Limbang. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan demo tatacara penggunaan Alat Pemadam Api setelah penerangan tentang kesedaran dan keselamatan kebakaran kepada penduduk kampung yang hadir. Sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran suku kaum Penan yang hadir dalam majlis tersebut yang diramal tidak akan datang kerana kedudukan yang jauh di kawasan pendalaman ulu Limbang memakan masa sehari semalam melalui jalan sungai dan darat untuk sampai ke Pekan Limbang. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan